Tuesday, August 19, 2008

Kempen DSAI di Permatang Pauh - 20 Ogos 2008 (Rabu)

PROGRAM INDUK@ DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

DUN SEBERANG JAYA

Bil: 1
Jam: 7.31 malam
Tempat: Masjid Jalan Bahru
Makluman: Solat Maqrib

Bil: 2
Jam: 8.00 malam
Tempat: Pasar Malam Tenggiri
Makluman: Bertemu Masyarakat

Bil: 3
Jam: 9.00 malam
Tempat: Markaz Kampong Pertama,Jalan Permatang Nibong
Makluman: Ceramah Perdana

DUN PERMATANG PASIR

Bil: 1
Jam: 4.37 petang
Tempat: Masjid Jamek Pengkalan Tambang
Makluman: Solat Asar

Bil: 2
Jam: 9:00 malam
Tempat: Kampong Sama Gagah
Makluman: Ceramah Umum

DUN PENANTI

Bil: 1
Jam: 9.00 pagi
Tempat: Pusat Perniagaan Pekan Penanti
Makluman: Bertemu masyarakat

Bil: 2
Jam: 9:00 malam
Tempat: PASTI Kubang Ulu
Makluman: Ceramah Umum

Posted by Steven at 23:30:20 | Permanent Link | Comments (0) |

Friday, August 08, 2008

Kempen DSAI di Permatang Pauh

Program DSAI untuk 9-10 Ogos, 2008


Sembahyang Maghrib dan Tazkirah

Tarikh: 9-8-08

Masa: 7.20 mlm

Tempat: Masjid Mengkuang Semarak

8.30 mlm Jamuan Kenduri di Kampung


Ceramah Perdana

Tarikh: 9-8-08

Masa: 9.30 mlm

Tempat: Pangsapuri Idaman depan Politeknik


Solat Hajat

Tarikh: 10-8-08

Masa: 9.00 pagi

Tempat: Masjid An-Nadhoh

Posted by Steven at 17:41:59 | Permanent Link | Comments (0) |

Happy Birthday to Dato' Seri Anwar Ibrahim

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan menyambut hari kelahirannya yang ke-61 pada hari Ahad, 10 Ogos 2008.

Pada 10 Ogos 1947 (10 tahun sebelum merdekanya Malaysia), Tuhan telah kurniakan kita seorang anak Malaysia yang berjiwakan rakyat; Anwar Bin Ibrahim.

Bersempena dengan itu, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sungai Petani akan menganjurkan satu jamuan Hari Keputraan DSAI dalam masa terdekat. Tarikh dan tempat jamuan akan diumumkan kelak.

Moga-moga DSAI dilanjutkan usia yang panjang agar dapat memimpin Malaysia ke arah negara maju menjelang tahun 2020.

Berikut sejarah DSAI :

Sdr Anwar Ibrahim dilahirkan di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan  pada 10hb Ogos 1947.  Ia bersekolah di Sek Melayu Sungai Bakap, Sek Melayu Cherok Tokun dan Sek Ren Stowell, Bukit Mertajam.

Dengan mendapat keputusan Darjah 6 yang cemerlang Sdr Anwar telah dipilih memasuki  Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di Tingkatan Satu pada tahun 1960.

Zaman Persekolahan

Sejak zaman persekolahannya Sdr Anwar Ibrahim  telah menampilkan sifat kepimpinan.  Semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966 Sdr Anwar telah  melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan yang dianjurkan. Beliau telah mewakili MCKK di dalam pertandingan bahas antara sekolah-sekolah dan kerana sifatnya yang aktif, bijak dan cemerlang pemikirannya  Sdr Anwar telah dilantik sebagai Ketua Pelajar MCKK.

Sdr Anwar  memasuki Universiti Malaya pada tahun 1967. Semasa menuntut di universiti, kepimpinan beliau juga terserlah di mana beliau telah mengasas dan menjadi Presiden Pesatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Presiden Kesatuan Bahasa Melayu pada tahun 1968.

Pemimpin Pelajar

Sdr  Anwar Ibrahim telah bangun memimpin persatuan pelajar dalam usaha mengggesa  kerajaan menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan umat Islam apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.   Beliau telah bertindak dan  berganding bahu bersama  Dr. Mahathir Mohammad yang 21 tahun lebih tua darinya, menentang Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Keberanian Sdr Anwar dan semangat pengorbanan menentang kemiskinan masyarakat luar bandar amat dikagumi oleh masyarakat Malaysia. Anwar berucap di dalam dan luar kampus dan beliau dikagumi  kerana tidak ada pelajar instusi tinggi sebelumnya yang mempunyai semangat  dan keberanian mengkritik kerajaan secara serius demi menegakkan keadilan.

Pada tahun 1971 Sdr Anwar menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya.  Ketika di universiti, Anwar dikenal sebagai pemimpin gerakan pelajar yang memperjuangkan keadilan sosial dalam masyarakat.

Pemimpin Belia

Dalam tahun 1971, Anwar menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia dan menjadi presiden pertubuhan itu sehingga tahun 1982. Selain itu beliau aktif dalam kegiatan organisasi bukan kerajaan termasuk Majlis Belia Malaysia.

Anwar dianggap pemimpin pelajar yang militan, anti-establishment dan radikal oleh sesetengah golongan. Beliau mempunyai matlamat perjuangan yang jelas dan pemerhatian yang tajam terhadap  isu-isu semasa yang dihadapi oleh masyarakat khususnya massyarakat Melayu luar bandar.

Dalam keadaan ekonomi yang meleset dalam tahun 70an dan kejatuhan harga getah yang amat ketara Sdr Anwar telah bangun menagani isu kemiskinan dan telah memimpin tunjuk perasaan anti-kemiskinan di Baling dalam tahun 1974 yang menyebabkannya ditahan  dibawah ISA selama 2 tahun.
 

Kepimpinan Dalam ABIM

Kemampuan Sdr Anwar sebagai seorang pemimpin yang komited dapat dilihat dari usaha beliau menubuh dan memimpin Angkatan Belia Islam (ABIM) sehingga menjadi sebuah pertubuhan belia yang berpengaruh dan diterima oleh masyarakat dalam usahanya mendaulatkan  Islam sebagai 'ad din - satu cari hidup.  ABIM pada masa awal penubuhannya telah menarik minat seramai 50000 orang untuk menyertainya. Keahlian ABIM ini adalah yang kedua terbanyak selepas  Pemuda UMNO.

Beliau mempunyai fikiran dan pemerhatian yang tajam dan gaya berpidato  yang dikagumi ramai termasuk masyarkat antarabangsa. Kepimpinan dan sumbangannya telah diakui di peringkat antarabangsa sehingga menerima anugerah Pingat Ulama Eqbal Seratus Tahun dari Presiden Zia Ul- Haq, Presiden Pakistan pada tahun 1970 dan mendapat  penghormatan menjadi Ahli  kumpulan Penasihat Belia Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1973

ABIM di bawah kepimpinan Anwar telah muncul menjadi pertubuhan yang popular kerana sikapnya menentang ketidakadilan dalam kerajaan dan juga di luar negara. Beliau telah menunjukkan sifat kepimpinannya dengan menyatukan beribu-ribu orang penduduk Malaysia yang berbilang bangsa dan agama dengan menjadi Pengerusi bagi Jawatankuasa Penyelaras Akta Pertubuhan 1981 untuk menentang Akta Pindaan Pertubuhan 1981. Sdr Anbwar telah berjaya menyatukan 48 pertubuhan dari berbagai aliran dan bangsa seperti Persatuan Pertubuhan Malaysia, Pusat Profesional Malaysia, ALIRAN, Persatuan Penggna Pulau Pinang dan Majlis Peguam Malaysia.

Sdr Anwar menentang rang undang-undang ini kerana ketidakadilan yang melanggar pinsip Islam dan demokrasi. Kebijaksanaan dan kekuatan dirinya telah menyebabkan pihak kerajaan terpaksa berunding dengan jawatankuasa tersebut dan mengkaji semula Akta Pertubuhan tersebut. Inilah kekuatan Sdr Anwar Ibrahim yang telah menyatukan pelbagai kaum dan mempunyai strategi dan pendekatan yang berkesan dalam memperjuangkan keadilan untuk semua.

Pendiriam Terhadap Isu Antarabangsa

Kepimpinan beliau yang tegas dan berani dapat dilihat apabila beliau bangkit dan membantah keras pencerobohan Russia keatas Afghanistan dalam tahun 1980. ABIM telah mengadakan perhimpunan yang dihadiri seramai 40000 orang  untuk membantah pencerobohan  dan bersetuju untuk menghantar utusan yang diketuai oleh Anwar ke kedutaan Russia.Utusan itu berjaya meyakinkan pihak kedutaan Russia akan  kesan buruk tindakan mereka dan memberi perhatian serius pandangan negara- negara  diseluruh dunia. Duta Russia itu berjanji untuk membawa surat bantahan tersebut ke Moscow dan mahukan persahabatan dengan kerajaan Malaysia. Kebijaksanaan beliau telah menarik perhatian negara-negara lain terhadap ketokohan belia sebagai pemimpin.

Sikap berani Sdr Anwar  telah membawa belia untuk mengunjungi sempadan Russia untuk mendapatkan penerangan yang tepat dan menyerahkan sebanyak RM50,000 kepada pejuang Afghanistan.  Sementara itu kekuatan yang ada dalam diri Sdr Anwar telah mendorong beliau untuk bertemu dengan Nasionalis Afghanistan di sempadan seperti Gulbudin Hekmatayar dan Burhanudin Rabani pemimpin Parti Jamiat  El- Islami.

Anwar - Pejuang Anak Bangsa

Pemimpin negara di dalam dan luar negeri mengakui ketokuhan dan kebolihan Sdr Anwar Ibrahim. Allahyarham Tun Abd Rzak Hussain,  Perdana Menteri Malaysia kedua telah menawarkan jawatan untuk mewakili Belia Malaysia dalam Badan Dunia United Nation Coucil For Youth yang beribu pejabat di Bangkok.  Sdr Anwar dengan hormat menolak tawaran lumayan tersebut.

Begitu juga apabila Allahyarham Dato Mohd Asri Muda ketika menjawat jawatan Menteri Pembangunan Luar Bandar telah menawarkan jawatan di kementerian beliau untuk Sdr Anwar. Tawaran ini juga telah ditolak olih Sdr Anwar.

Sdr Anwar sedar bahawa kelemahan anak Melayu pada ketika itu disebabkan oleh peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi tinggi amat terhad bagi anak-anak Melayu yang serba kekurangan. Dengan keinsafan dan jiwa yang cekal Sdr Anwar bersama rakan-rakan lain telah membuka sebuah sekolah persendirian di Kuala Lumpur - Yayasan Anda Akedemik. Walaupun pendapatan beliau amat kecil jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang memegang jawatan dalam Kerajaan, Sdr Anwar dan rakan-rakan di Yayasan Anda sanggup mengorbankan segala kemudahan tersebut demi mempertingkatkan anak bangsa.

Kejayaan Yayasan Anda Akedemik dapat dilihat daripada bilangan lulusan dan penerimaan pelajarnya yang di terima masuk ke institusi pengajian tinggi. Kejayaan yang lebih ternilai daripada kejayaan ini adalah setiap pelajar Yayasan Anda telah dilatih sendiri oleh Sdr Anwar Ibrahim dengan dilengkapi olih daya tahan dan keimanan.
 

Anwar - Kepimpinan dalam Kerajaan

Ketokohan Sdr Anwar Ibrahim  telah menarik perhatian Dato Seri Dr Mahathir Mohammad dan membawanya kedalam kerajaan.  Kerjaya politik beliau bermula pada tahun1982 apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Anwar Ibrahim menjadi Ahli Jemaah Menteri pada tahun 1983 apabila dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.  Kemudian beliau menjawat beberapa jawatan kabinet sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan pada bulan Mac 1991.

Peranan penting beliaupada permulaan kemasukannya kedalam kerajaan Barisan National  ialah membantu penubuhan Bank Islam.  Beliau telah diamanatkan oleh Perdana Menteri untuk mengsyorkan dalam jawatankuasa cadangan idea.  Amanat ini menunjukkan kepercayaan terhadap keupayaan beliau.  Beliau telah menghabiskan banyak masa dan menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kejayaan Bank ini.  Sdr Anwar telah mendapatkan bantuan dan sokongan dari negara-negara Islam lain seperti Arab Saudi terhadap penubuhan Bank Islam ini
 

KONSEP KEPIMPINAN - SUDUT PANDANGAN ANWAR

Sdr Anwar Ibrahim menekankan kepentingan kesahjahteraan manusia dan keperluan mewujudkan kaedah-kaedah yang adil dalam proses kepimpinan.  Dalam kepimpinan menurut Sdr Anwar Ibrahim ia haruslah peka dan prihatin terhadap suara  dan aspirasi rakyat serta merumuskan cara dan pendekatan yang melibatkan penyertaan rakyat dengan lebih berkesan (Anwar Ibrahim , Menangani Perubahan). Beliau menekan dan mementingkan konsep syura dalam Islam dan Demokrasi Penyertaan.  Bagi Sdr Anwar,  pemimpin bertanggungjawab untuk membentuk kehidupan yang lebih bermakna dan adil.

Dalam aspek kuasa SdrAnwar berpendapat kuasa yang dimiliki oleh pemimpin adalah elemen penting dalam usaha untuk membuat sesuatu.  Sekalipun orang itu mempunyai idea dan pendapat yang baik tetepi jika tidak mempunyai kuasa dan kedudukan ia akan menyukarkan pelaksanaan idea tersebut.  Dari segi perbandingan kuasa dan idea pula beliau berpendapat idea lebih penting dari kuasa dan kedudukan kerana kuasa ini hanyalah saluran yang berkesan untuk menyalurkan idea tersebut.

Sdr Anwar Ibrahim  menekan kepentingan pemimpin dan masyarakat keseluruhan memiliki ilmu dan pengetahuan yang tinggi dan berkeupayaan mempraktikkan ilmu yang baik itu dalam kehidupan.  Menurut Sdr  Anwar sesuatu bangsa itu telah dapat mempengaruhi negara dan bangsa lain yang lebih besar dan kuat kerana pengaruh dan kekuatan ilmu yang dimiliki oleh mereka.  Bagaimanapun Sdr Anwar Ibrahim berpendapat ilmu pengetahuan itu harus memberi makna kepada diri manusia dan kemanusiaan

Sdr Anwar  adalah seorang yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipercayainya  betul dan tepat.  Beliau sentiasa mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri dan prinsip yang dipegangnya.  Beliau akan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dicapai pada matlamat yang digariskan olehnya.  Prinsip ini dapat dilihat dari tindakan beliau menentang kerajaan yang dianggapnya tidak adil dan gagal dalam membantu orang Melayu sehingga beliau sanggup ditahan dibawah ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) selama 2 tahun  berikutan penglibatannya dalam tunjuk perasaan anti-kerajaan akibat peristiwa kebuluran di Baling,  Kedah pada tahun 1974.

Dalam usaha menangani perubahan bagi Sdr Anwar  pemimpin perlu mempunyai  kebijaksanaan dalam menyesuaikan diri dengan tuntutan persekitaran.  Bagaimanapun perubahan harus berlandaskan nilai universal yang mutlak yang diakui oleh Islam dan agama lain sebagai  baik dan mampu memberi kesahjeteraan kepada manusia.

Selain kegiatannya yang cukup menonjol dalam bidang politik,  Sdr Anwar turut  membahaskan berbagai-bagai gagasan termasuk masyarakat madani.  Beliau menghasilkan dua buah buku berjudul Menangani Perubahan dan Gelombang Kebangkitan Asia.

Di peringkat antarabangsa, Sdr Anwar Ibrahim  dilantik sebagai Presiden UNESCO (1989-1991) dan menjadi salah seorang pengasas Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) Washington.

Sdr Anwar Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada bulan November 1993 setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun itu.

Sdr Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan pada 2hb September, 1998.



Posted by Steven at 15:45:19 | Permanent Link | Comments (0) |

Wednesday, August 06, 2008

Permatang Pauh By-Election 16 Aug Nomination, 26 Aug Polling.....Anwar be Charged for Sodomy simultanously !

A few moment after the EC announced the nomination and polling day of Permatang Pauh By-Election, Dato' Seri Anwar Ibrahim had been charged for Sodomy !

The EC announced in the morning that the nomination day is on 16 Aug (Saturday) while the polling day will be on 26 Aug (Tuesday). The EC also said that it would use the latest electoral roll for the by-election, which will see 57,969 registered voters being eligible to vote as of July 31. There are also 490 postal voters. 

Meanwhile, Dato' Sero Anwar Ibrahim today said he had been informed he would be formally charged with sodomy tomorrow - a crime punishable by up to 20 years imprisonment.

MCPX

"They are charging me tomorrow. It's for sodomy," Anwar told AFP, adding that the authorities had informed him of the move in a letter.

Earlier today, the police visited Anwar at his home in Bukit Segambut, Kuala Lumpur at 12.10pm and is learnt to have served him with a notice to appear in court tomorrow.

The police team was led by ASP Jude Pereira, who refused to speak to the waiting horde of reporters as he left Anwar's house.


Nothing else, the charge is an attempt to stop DSAI from his by-election campaign and to win the mentioned parliamentary seat which is his "kingdom" since 1982 !

Posted by Steven at 15:13:12 | Permanent Link | Comments (0) |

Monday, July 28, 2008

Doctor : Tiada Kesan Saiful Diliwat

Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis. Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.


Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.




 
 
   
Posted by Steven at 22:11:15 | Permanent Link | Comments (0) |

Thursday, July 17, 2008

DSAI Dibebaskan 9.50am

Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan ikatjamin polis pada 9.50 pagi tadi.

DSAI diwajibkan untuk melaporkan diri pada 18 Ogos 2008.

Menurut maklumat, DSAI akan mengadakan Sidang Akhbar pada 2pm hari ini.
Posted by Steven at 12:11:38 | Permanent Link | Comments (0) |

Wednesday, July 16, 2008

DSAI ditahan Polis

Pada 12.55pm, Dato' Seri Anwar Ibrahim ditahan oleh Polis berdekatan kediamannya di Bukit Segambut, KL.

Kira-kira 15 buah kenderaan Polis menahan DSAI di 1km perjalanannya pulang ke rumah setelah memberi keterangan di BPR.

Arahan dari Majlis Tertinggi PKR, sekiranya DSAI tidak dibebaskan setelah memberi keterangan. Protes secara besar-besaran akan dilancarkan di seluruh negara oleh Pakatan Rakyat !

Jentera-jentera Pakatan Rakyat khususnya AMK diminta bersedia !!!
Posted by Steven at 15:29:55 | Permanent Link | Comments (0) |

Debat Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak

Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, dengan hanya menjimatkan RM5 billion; harga minyak dapat diturunkan 50sen ke RM2.20 selitar. Kaedah peruntukan RM5 billion seperti berikut : 1) RM2 billion boleh diperolehi dengan mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40% ke 20%. Hasil daripada itu, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelakkan Petronas dan TNB daripada terus menanggung kerugiaan. 2) RM700 million dapat diselamatkan jika kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel diselesaikan. 3) Kerajaan juga boleh memperuntukan RM3 bilion daripada keuntungan Petronas tahun ini yang berjumlah RM100 billion. Menurut Dato' Seri Anwar Ibrahim, sekiranya Kerajaan BN tidak angkuh dan bersedia mendengar cadangan pelbagai pihak; rakyat hari ini tidak akan menderita !
Posted by Steven at 01:13:03 | Permanent Link | Comments (0) |

Tuesday, July 15, 2008

Arrest Warrant has been issued against Anwar Ibrahim

PKR de facto leader Anwar Ibrahim could be arrested when he goes to the Kuala Lumpur police headquarters tomorrow to have his statement recorded on the sodomy allegation against him.

An Arrest Warrant has been issued for the arrest of Anwar Ibrahim through a notification letter to Anwar's lawyer by DSP Jude Pereira.
Posted by Steven at 18:05:37 | Permanent Link | Comments (0) |

Kecewa Dengan Perubahan Saat Akhir Debat Shaberry-Anwar

Debat antara ketua de facto PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato' Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai 2008 di Dewan Bahasa dan Pustaka yang pada awalnya dirancang selama 90 minit dan disiarkan secara 'Live' menerusi TV3 dan Astro Awani, berubah aturcara rancangan yang julung-kali diadakan itu pada saat-saat akhir !

Debat itu kini dipendekkan waktu perbahasannya dari 90 minit ke 52 minit dan saluran penyiarannya ditukar dari TV3 ke TV9.

Jelas sekali bahawa perubahan yang berlaku ini adalah bertujuan untuk menyekat kemunculan Dato' Seri Anwar di kaca televisyen setelah kerajaan BN merasai tergugatnya mereka dengan pendedahan Dato' Seri Anwar khususnya berkaitan isu kenaikan harga minyak.

Sekiranya kerajaan BN berprinsipkan semangat demokratik dan menghormati kebebasan maklumat khususnya untuk pengetahuan rakyat, seharusnya tidak memendekkan waktu debat dan saluran penyiaran malah membenarkan waktu debat yang lebih panjang agar rakyat memperolehi maklumat-maklumat berkenaan dengan kenaikan harga minyak. Siaran secara 'Live' juga harus meliputi saluran-saluran nasional seperti RTM1 & RTM2 supaya lebih ramai rakyat dapat menyaksikan debat perdana itu.

Namun apa yang berlaku adalah terpesong dengan manifesto pilihanraya umum ke-12 BN. Mereka memendekkan waktu debat adalah untuk menyekat penerangan Dato' Seri Anwar kepada rakyat berhubung isu kenaikan harga minyak dan isu-isu berhubung-kait dengannya seperti gejala rasuah di dalam kerajaan BN dan isu kronisme Pak Lah dan juga isu-isu berkaitan dengan Najib seperti pembunuhan Altantuya dan dakwaan liwat.

Akhir kata, kerajaan BN takut pada Dato' Seri Anwar dan risau kedudukan mereka akan tergugat berikutan debat ini.
Posted by Steven at 16:55:43 | Permanent Link | Comments (0) |