Tuesday, July 15, 2008
Arrest Warrant has been issued against Anwar Ibrahim
An Arrest Warrant has been issued for the arrest of Anwar Ibrahim through a notification letter to Anwar’s lawyer by DSP Jude Pereira.
Kecewa Dengan Perubahan Saat Akhir Debat Shaberry-Anwar
Debat itu kini dipendekkan waktu perbahasannya dari 90 minit ke 52 minit dan saluran penyiarannya ditukar dari TV3 ke TV9.
Jelas sekali bahawa perubahan yang berlaku ini adalah bertujuan untuk menyekat kemunculan Dato’ Seri Anwar di kaca televisyen setelah kerajaan BN merasai tergugatnya mereka dengan pendedahan Dato’ Seri Anwar khususnya berkaitan isu kenaikan harga minyak.
Sekiranya kerajaan BN berprinsipkan semangat demokratik dan menghormati kebebasan maklumat khususnya untuk pengetahuan rakyat, seharusnya tidak memendekkan waktu debat dan saluran penyiaran malah membenarkan waktu debat yang lebih panjang agar rakyat memperolehi maklumat-maklumat berkenaan dengan kenaikan harga minyak. Siaran secara ‘Live’ juga harus meliputi saluran-saluran nasional seperti RTM1 & RTM2 supaya lebih ramai rakyat dapat menyaksikan debat perdana itu.
Namun apa yang berlaku adalah terpesong dengan manifesto pilihanraya umum ke-12 BN. Mereka memendekkan waktu debat adalah untuk menyekat penerangan Dato’ Seri Anwar kepada rakyat berhubung isu kenaikan harga minyak dan isu-isu berhubung-kait dengannya seperti gejala rasuah di dalam kerajaan BN dan isu kronisme Pak Lah dan juga isu-isu berkaitan dengan Najib seperti pembunuhan Altantuya dan dakwaan liwat.
Akhir kata, kerajaan BN takut pada Dato’ Seri Anwar dan risau kedudukan mereka akan tergugat berikutan debat ini.